Berikutan dengan tsunami pilihanraya 8hb Mac 2008, Parti keadilan Rakyat selalu menyuarakan semangat untuk membentuk Kerajaan Negara baru pada 16 Sept 2008 dan mengatakan terdiri daripada MP Barisan Nasional akan menyertai Barisan Pakatan Rakyat. Malahan Ketua Pembangkang Parlimen negara dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat turut membuat kenyataan bahawa Kerajaan Baru pasti akan dibentuk pada tanggal 916 dan menambahkan kenyataan mereka bahawa sudah terdiri lebih daripada 31 orang MP Barisan Nasional akan menyertai Pakatan rakyat untuk membentuk kerajaan Baru.
Wahai kawan-kawan, hari ini sudah 17 September 2008, Kerajaan kita masih ditadbir oleh Kerajaan Barisan Nasional yang kukuh dan berpadu, ini bermakna Pakatan Rakyat selama ini telah membuat kenyataan PALSU dan mereka tidak mampu untuk membentuk Kerajaan Baru dan sememangnya kenyataan ini adalah salah satu muslihat untuk menipu rakyat dan untuk menjatuhkan Kerajaan Pusat sekarang.
Para pembangkang yang dikasihi, kami sudah mencukupi dengan penipuan anda semua, jangan menipu kami lagi, kerajaan tetap Barisan Nasional, Pakatan Rakyat tetap pembangkang. jangan membuat kekecohan lagi.... Sudah MENCUKUPI.....................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment