Friday, April 23, 2010

Cerita Kedai Kopi....Coffee Shop Talk.....

Hari ini saya sempat bersembang dengan pengundi-pengundi di Hulu Selangor di kedai kopi....

Ini dia sembang-sembang kedai kopi...

Dalam pantauan dan tinjauan saya, ramai orang sudah kecewa dengan Parti PKR dan berharap pengundi Hulu Selangor akan bersama-sama membantu Hulu Selangor kembali ke tangan BN. Pandangan mereka, mereka tidak ingin untuk melihat BN sekali lagi tewas di Hulu Selangor. Jikalau tewas lagi, pembangunan di Hulu Selangor akan semakin lembap dan susah.

Rakan yang saya kenali tersebut mengatakan bahawa oleh kerana undi dia seorang tidak dapat membuat keputusan untuk BN menang, tetapi, beliau berharap saya kongsikan pandangan dia dalam blog supaya menyeru semua Pengundi di Hulu Selangor bersama-sama untuk sokong Barisan Nasional, BN dan menewaskan Parti Pakatan Haram tersebut.

Sayangi Selangor, Yakini BN... BN Mampu Berubah

No comments: