Sunday, April 18, 2010

Kerajaan Barisan Nasional - Rakyat Sentiasa Didahulukan.


Para pembaca yang disayangi.....Kenapa kita mesti menyokong Barisan Nasional, BN dan bukan menyokong Pakatan Rakyat????

Salah satu sebab yang kukuh adalah BN sentiasa mendahulukan rakyat dalam apa jua polisi dan rancangan kerajaan. Sebagai contoh:

Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri kita adalah untuk manfaat rakyat tanpa mengira kaum dari segi pendidikan, prasarana asas, kualiti hidup, pengangkutan bandar, banteras jenayah dan rasuah (6 NKRA). Berikut adalah serba sedikit berkaitan dengan 6 NKRA:

1. MENGURANGKAN KADAR JENAYAH:
Merangkumi
i) Jenayah Jalanan
ii) Keselamatan Awam
iii) Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan

2. MEMERANGI RASUAH:
- melaksanakan tender terbuka ataupun tender terhad kecuali kes-kes tertentu
- menaiktaraf Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.


3. MELUASKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI DAN BERKEMAMPUAN:
i) Meningkatkan akses pendidikan prasekolah
ii) Semua kanak-kanak normal mampu menguasai 3M membaca, menulis dan mengira
iii) Menawarkan ganjaran kepada semua pengetua dan guru besar sekolah berasaskan pencapaian sekolah
iv) Wujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi.


4. MENINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH:
- Kerajaan bertekad membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010
- menambah jumlah usahawan wanita kepada 4,000 orang menjelang tahun 2012.


5. MEMPERKASA PRASARANA LUAR BANDAR DAN PEDALAMAN:
i) Kerajaan merancang membina 1,500 km atau 2 kali ganda jalan raya di Sarawak dan Sabah
ii) Kerajaan meningkatkan liputan bekalan air dan bekalan elektrik di Sarawak dan Sabah
iii) Kerajaan mensasarkan dapat membina dan membaik pulih sejumlah 50,000 unit rumah bagi keperluan golongan miskin dan miskin tegar


6. MENAMBAH BAIK PENGANGKUTAN AWAM DALAM JANGKA MASA SEDERHANA: Kerajaan berhasrat menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat.

Mari kita sama-sama TOLAK PAKATAN RAKYAT

Keterangan lanjut, Rujuk: www.transformation.gov.my

No comments: