Thursday, April 22, 2010

Pasir..... Oh Pasir....Pakatan Rakyat Cakap Tak Serupa Bikin...


Wahai rakan-rakan sekalian, Adakah anda ketahui Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 Juta pada tahun 2009????

Kerajaan Pakatan Rakyat yang dibawah Tan Sri Khalid Ibrahim semasa dalam Ucapan Bajet 2009 berjanji bahawa sasaran kutipan RM150 juta hasil pasir tetapi ketika beliau membentang bajet 2010 pada November 2009, YAB Menteri Besar Selangor menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperolehi hanya RM4.6 juta sahaja. Ini secara kasarnya hanya 3% dari jumlah sasaran yang dibuat.

Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat, kenapa ia tersasar jauh?????

Adakah anda cuma pandai mengkritik orang lain tetapi tidak pandai menilai diri-sendiri?

No comments: