Tuesday, April 20, 2010

PKR - Parti Pemimpin Keluar Ramai-Ramai - Inilah Buktinya


Para Pembaca yang saya sayangi..... Sejak Piliharaya Umum pada 08 March 2008, PKR, PAS dan DAP meraihkan kemenangan besar dan sehinggakan terlupa bagaimana untuk menjaga pemimpin-pemimpin parti mereka. Salah satu contoh yang paling ketara datang dari Parti PKR (Parti Pemimpin Keluar Ramai-Ramai).

Yang berlaku dalam PKR, bukan sahaja pemimpin sahaja yang keluar parti, malahan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri juga turut keluar parti dan menjadi Wakil Bebas dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Adakah parti sebegini masih dapat dipercayai dalam negara kita?????

Berikut adalah senarai MP dan ADUN yang keluar dari parti sejak 08 March 2008 hingga hari ini iaitu seramai 11 MP atau ADUN telah keluar dari Parti Pemimpin Keluar Ramai-ramai dan secara puratanya setiap 2 bulan terdapat 1 pemimpin (ADUN atau MP) yang keluar parti tersebut.

Kerusi Parlimen

  1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
  2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
  3. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri
  4. Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin


Kerusi DUN

  1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
  2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
  3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
  4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
  5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
  6. ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam
  7. ADUN Bakar Arang, Tan Wei Shu

Adakah Parti ini masih dapat dipercayai? Adakah mereka dapat memimpin negara kita? saya percaya lebih ramai MP atau ADUN atau Pemimpin parti ini akan meninggalkan parti mereka pada masa terdekat ini....

Buatlah Keputusan yang paling sesuai untuk Pilihanraya Kecil Hulu Selangor......

No comments: